Jumat, 27 Desember 2013

Browse » home» » » » » » » » Banjir Mula Landa Pahang Johor Dan Terengganu

Banjir Mula Landa Pahang Johor Dan Terengganu

Gambar hiasan

Seramai 83 orang di negeri Pahang kini sudah pun dipindahkan selepas banjir melanda negeri itu hari ini.

Menurut portal bencana Majlis Keselamatan Negara (MKN), banjir berlaku pada kira-kira pukul 1.44 tengahari tadi ekoran hujan yang turutn berterusan.

Antara kawasan yang terlibat setakat ini ialah Kampung Kasim, Kampung Setajam, Kampung Kurnia di daerah Rompin, Pahang.

Banjir turut melanda Johor dengan 317 mangsa dipindahkan di daerah Mersing.

Bencana alam di negeri Johor berlaku berikutan hujan lebat sejak semalam yang masih tidak  berhenti sehingga waktu ini menyebabkan air sungai melimpah dari tebing.

Di Terengganu hanya 83 mangsa setakat ini dipindahkan akibat banjir yang melanda daerah Kemaman.



Tidak ada komentar:

Posting Komentar