Jumat, 31 Januari 2014

NST SPRM diarah bayar RM150 000 kerana memfitnah

Malaysiakini Okt 18 2013

 
The New Straits Times (NST) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setiap satu pihak diarah membayar RM150,000 kepada peguam Rosli Dahlan kerana memfitnahnya dalam isu dikenali sebagai skandal "Copgate".

Ini berlaku selepas NST dan SPRM disaman atas dakwaan merosakkan reputasi Rosli dengan mengaitkannya dengan skandal RM27 juta Copgate yang menyaksikan bekas Jabatan Jenayah Komersil Ramli Yusuff disiasat dan kemudian dibebaskan.

Pesuruhjaya Kehakiman Siti Khadijah Badjenid mendapati NST dan SPRM bersalah memfitnah dan memerintahkan mereka berdua membayar kos RM30,000 setiap seorang.

Rosli sebelum itu mengambil tindakan undang-undang sama terhadap The Star dan Utusan Malaysia tetapi dua akhbar itu telah memohon maaf kerana memfitnah pada 2007.
Read More..

Kamis, 30 Januari 2014

Photoshoot Siti Nurhaliza dalam Media Hiburan 4 gambar



Wauwooo betape gorgesnye Datuk Siti Nurhaliza dalam sesi photoshoot untuk majalah Media Hiburan. Meleleh air lioq kami tengok. Lagi gambar selepas ini.

Read More..

Rabu, 01 Januari 2014

Ibu bakar anak selepas bergaduh

12 Nov 2013 myMetro

Beijing: Seorang ibu dari Jinhua, di Zhejiang memaksa anak lelakinya yang berusia empat tahun agar meminum minyak tanah sebelum membakar kanak-kanak malang itu selepas terbabit dalam pergaduhan keluarga, baru-baru ini.
Menurut laporan akhbar, wanita terbabit dan suaminya bergaduh menyebabkan si isteri yang berang memutuskan untuk mencederakan setiap ahli keluarganya.
“Si isteri mula menuang minyak tanah dari botol minuman teh ais ke tekak anaknya.
“Tidak lama kemudian si bapa mula menyedari yang botol itu diisi dengan minyak tanah tetapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana si isteri sudah membakar anaknya,” katanya.

Menurut akhbar berkenaan, mangsa mengalami kecederaan melecur tahap ketiga dan masih dirawat di unit rawatan rapi sebuah hospital.

“Doktor berkenaan memberitahu mangsa mungkin tidak dapat bercakap dan melihat lagi.

“Si bapa yang cuba menyelamatkan anaknya yang terbakar turut cedera. Kepalanya bengkak dan lutut serta tangannya juga melecur,” katanya. - Agensi
Read More..

Penggodam Siar Gambar Bogel Scarlett Johansson Di Penjara

Mahkamah Amerika Syarikat (AS) menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap seorang penggodam komputer kerana menceroboh emel selebriti terkemuka, termasuk gambar bogel Scarlett Johansson dan membocorkannya di laman online.



Hakim Mahkamah Persekutuan Los Angeles juga mengarahkan Christopher Chaney, 36, dari Florida, membayar sejumlah AS$76,000 kepada Johansson, Christina Aguilera dan Renee Olstead, antara berpuluh selebriti yang digodamnnya.

Christopher Chaney

Chaney mengaku bersalah atas tuduhan pada Mac lalu selepas berunding dengan pendawa raya.

Beliau boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 121 tahun jika didapati bersalah atas semua 26 pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Hakim S James Otero, berkata Chaney terbukti menganiaya mangsanya terutama dua selebriti yang diekorinya sejak 10 tahun lalu.

-AFP
Read More..

Kanak Kanak Rentung Dalam Kebakaran Di Miri


MIRI – Seorang kanak-kanak lelaki berumur tiga tahun rentung dalam kebakaran membabitkan dua rumah kayu di Kampung Sungai Dalam B di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Zon Miri, Law Poh Kiong, berkata mangsa yang dikenali sebagai Mohamad Raldazudeen Abdul Dino ditemui rentung jam 8.40 pagi selepas kebakaran dipadamkan sepenuhnya.

“Kejadian lebih kurang 7.30 pagi dan kita menerima panggilan 7.43 pagi. Tiga jentera dari dua balai bomba bersama 22 anggota pergi ke tempat kejadian namun punca dan anggaran kerugian masih disiasat,” katanya hari ini.

Nenek mangsa, Aishah Abdullah, 62, berkata semasa kejadian itu beliau bersama menantu perempuan berlari keluar dari rumah namun terkejut apabila dimaklumkan suaminya, Sebri Pawi, 81, mangsa masih berada di dalam rumah namun usaha menyelamat gagal kerana api marak.

Aishah bersama ibu mangsa, Alura Hanapi, 29, dan seorang jiran lelaki berusia 30an turut mengalami kecederaan akibat melecur dan dirawat di Hospital Miri sebagai pesakit luar. – BERNAMA
Read More..